a. Untuk Nasi
1) nasi (270 g (1 1/3 cawan) )
2) minyak sayuran ( 15 g (1 sudu makan) )
3) air rebusan ayam (600 ml (3 cawan) )
4) bawang merah, dihiris ( 30 g (3 ulas) )
5) bawang putih, dihiris (5 g (1 ulas) )
6) kulit kayu manis (2 sm )
7) bunga lawang (3 biji )
8) buah belaga (2 biji )
9) daun pandan (1 helai)
10) halia, dihiris ( 20 g (2 sm))
b. Untuk ayam
1) dibuang kulit dan lemak, dipotong lima (750 g ayam,)
2) air (2 litre (10 cawan) )
3) garam (9 g (1 sudu teh) )
Sliced
1) bawang merah (20 g (2 ulas) )
2) bawang putih (5 g (1 ulas) )
3) halia (20 g (2 sm))
Bahan rempah, dicampurkan bersama
1) jintan manis (2 g (1 sudu teh))
2) jintan putih ( 2 g (1 sudu teh) )
3) kicap pekat (20 g (2 sudu makan) )
4) lada hitam (3 g (1 sudu teh) )
c. Untuk sup
1) bawang putih, dimayang (10 g (2 ulas) )
2) halia, dihiris (15 g (2 sm) )
3) lada hitam (2 g (1/2 sudu teh))
4) daun sup, dihiris halus (50 g (2 pokok) )
5) air rebusan ayam ( 1 liter (5 cawan) )
6) minyak sayuran (15 ml (1 sudu makan))
d. Untuk cili
1) sos cili (60 g (3 sudu makan) )
2) garam (3 g (1/2 sudu teh))
3) gula (5 g (1 sudu teh) )
Dikisar bersama
1) cili merah ( 75 g (5 biji))
2) bawang putih (10 g (2 ulas) )
e. Bahan untuk dihidang bersama dengan nasi ayam
1) timun, dihiris nipis (170 g (1 biji kecil) )
2) tomato, dihiris nipis (300 g (2 biji) )
3) daun salad, dicarikkan (125 g (1/2 biji saiz kecil) )
Cara memasak nasi :
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga kuning.
2. Masukkan beras dan kacau. masukkan air rebusan ayam. Kacau.
3. Masukkan daun pandan. Biarkan ia masak.
Nota : Untuk mengekalkan bau nasi, tudung periuk dibalut dengan kain.
Dengan cara ini, wap nasi tidak keluar dan nasi lebih harum. Untuk
memudahkan kerja, masak nasi dengan menggunakan periuk elektrik.
Cara memasak ayam :
1. Rebuskan ayam bersama hirisan bawang merah, bawan putih, halia dan
garam. Bila masak, simpan airnya untuk sup dan masak nasi. Isi ayam
diperap dengan campuran rempah sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Panggang dalam ketuhar dalam bekas bertutup pada suhu 150o selama 20 minit atau sehingga berwarna kuning keemasan.
3. Bila masak, tutupkan api dan biarkan ayam di dalam ketuhar tersebut.
4. Buka penutup, panggang ayam selama 5 minit lagi dalam ketuhar.
Cara membuat sup :
1. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga warna kuning keemasan.
2. Masukkan air rebusan ayam dan lada hitam. Biarkan ia mendidih.
3. Apabila masak, taburkan daun sup.
Cara membuat sos :
1. Campurkan semua ramuan dan kisarkan. Kacau hingga sebati.
2. Hidangkan bersama ayam bakar, sup dan nasi.