1) mi kuning, dicelur dan ditoskan (350 g (5 cawan) )
2) isi kerang (200 g (1/2 cawan) )
3) isi udang (150 (1/4 cawan) )
4) data ayam, dipotong kecil (250 g )
5) sawi, dipotong kecil dan dicelur ( 600 g (6 pokok) )
6) taugeh, dicelur ( 200 g)
7) tauhu, dibakar dan dipotong dadu (200 g (2 keping))
8) santan cair, diperah daripada 1/4 biji kelapa (500 ml (2 1/2 cawan) )
9) air (650 ml (3 1/4 cawan) )
10) rempah kari, dijadikan pes (40 g (4 sudu makan) )
11) kayu manis (3 sm )
12) bunga cengkih ( 3 biji )
13) bunga lawang (1 kuntum )
14) buah pelaga ( 3 biji)
15) tomato (300 g (2 biji) )
16) asam keping (5 g (2 keping) )
17) daun kari (10 g (3 tangkai) )
18) daun ketumbar, dihiris (15 g (3 tangkai) )
19) minyak sayuran (20 g (2 sudu makan) )
20) garam (3 g (1/2 sudu teh) )
21) bawang merah ditumbuk lumat (30 g (3 ulas) )
22) bawang putih ditumbuk lumat (10 g (2 ulas) )
23) halia ditumbuk lumat (20 g (2 sm) )
Cara memasak :
1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, bawang
merah, bawang putih, dan halia sehingga kuning atas api rendah.
2. Masukkan pes rempah kari dan daun kari. Tumis sehingga harum.
3. Masukkan ayam dan gaul dengan rata. Masukkan sedikit air. Tutup dan masak di atas api sederhana selama 5 minit.
4. Masukkan udang dan kerang.
5. Masakkan asam keping, santan dan air. Biarkan ia mendidih.
6. Masukkan garam. biarkan ia masak beberapa minit. Masukkan tomato kemudian tutupkan api.
7. Untuk menghidangkannya, masukkan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah yang panas keatasnya.
Nota: Santan cair boleh diganti dengan susu.
* Larutan untuk susu -- campuran 60 g (6 sudu makan penuh) susu tepung skim + 400 ml (2 cawan) air.
* Susu mestilah dimasukkan kemudian dengan menggunakan api yang perlahan untuk mengelakkannya daripada bergentel.