1) mee kuning, dicelur sebentar dan ditoskan (350 g (5 cawan) )
2) daging, tanpa lemak dipotong kecil (150 g )
3) tulang ( 150 g )
4) udang basah (50 g (1/2 cawan) )
5) kacang tanah (50 g (1/4 cawan) )
6) telur (2 biji )
Dikisar dengan ½ cawan air hingga lumat
1) udang kering (10 g (1 sudu makan) )
2) cili kering (10 g (10 biji))
3) halia (10 g (2 sm) )
4) bawang merah (25 g (3 biji))
5) bawang besar (10 g (1 biji))
6) buah keras ( 10 g (2 biji) )
7) sawi hijau dipotong sepanajng 3sm (150 g (1 ikat))
8) tomato dipotong 4 ( 250 g (2 biji) )
9) limau nipis perah jusnya ( 30 g (1 biji) )
10) garam (5 g (1 sudu teh) )
11) air (1½ liter (6 cawan) )
1. Bersihkan tulang lembu dan rebus dengan 6 cawan air selama 30-45 minit. Kemudian masukkan daging elmbu. Biarkan selama 15-20 minit.
2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam air rebusan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan udang dan biarkan mendidih sekali lagi. Kecilkan api dan amsukkan telur.
3. Masukkan jus limau, sawi dan buah tomato.
4. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
5. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Bunag kulit dan tumbuk sehingga halus.
6. Untuk menghidang, tuangkan kuah ke atas mee kuning dan taburkan serbuk kacang tanah diatasnya.