a. Nasi himpit
1) beras ketupat nasi (260 g (2 paket))
2) air (2 liter (10 cawan) )
3) daun pandan (1 helai)
b. Kuah lotong
1) santan cair, diperah daripada 1/4 biji kelapa (400 ml (2 cawan) )
2) susu rendah lemak atau susu tanpa lemak (400 ml (2 cawan) )
3) kunyit basah, dikisar (10 g )
4) bawang merah, dihiris (40 g (4 ulas) )
5) serai, diketuk (70 g (2 batang) )
6) cili merah, dihiris nipis ( 75 g (5 biji) )
7) kacang panjang, dihiris serong ( 115 g (5 batang) )
8) lobak merah, dihiris memanjang (200 g (1 biji saiz kecil))
9) kobis, dipotong besar (100 g (1/4 saiz kecil))
10) sengkuang, dipotong halus (150 g )
11) tauhu, dipotong lapan ( 200 g (2 keping))
12) suun (50 g (2 paket kecil) )
13) tauhu kering (30 g)
14) garam (6 g (1 sudu teh) )
15) minyak sayur (20 g (2 sudu makan) )
16) daun kunyit (1 helai)
c. Sambal kacang
1) kacang tanah dibakar dan dikisar (75 g )
2) (2 sudu makan) gula merah (30 g )
3) (1/2 sudu teh) garam (3 g )
4) (1 sudu makan) minyak sayuran (15 ml )
5) air ( 400 ml (2 cawan) )
6) (1 sudu makan) asam jaya, diambil airnya (25 g)
Dikisarkan bersama dengan 125 ml (1/2 cawan) air
1) cili kering (10 g (10 biji) )
2) bawang merah ( 30 g (3 ulas) )
3) bawang putih (5 g (1 ulas))
Diketuk
1) lengkuas (2 sm )
2) serai (1 batang)
Cara memasak nasi himpit
Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan paket beras. Pastikan paket
beras sentiasa terendam. Tambahkan air jika perlu. Biarkan ia masak
dalam air selama 1 1/2 hingga 2 jam. Toskan.
Cara membuat kuah lotong
1. Tumiskan bawang merah, kunyit dan cili merah sehingga harum.
2. Campurkan semua ramuan kecuali santan dan susu. Kacau hingga rata. Biarkan ia mendidih.
3. Perlahankan api. Masukkan santan cair dan susu. Kacau dan tutupkan api.
Nota: Susu perlu dimasukkan selepas semua ramuan masak keranan ia akan berketul sekiranya dimasukkan pada awal lagi.
Cara memasak sambal kacang
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar hingga kuning atau harum. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan kacang tanah, gula merah dan air. Biarkan ia masak.
3. Masukkan air asam jawa, lengkuas dan serai.
4. Biarkan masak sehingga pecah minyak.