1) tepung beras (500 g (1 bungkus))
2) air (900 ml (3 1/2 cawan))
3) garam ( 3 g (1/2 sudu teh) )
4) kacang panjang, dihiris halus (untuk ulam) ( 200 g (10 batang) )
5) taugeh, dibersihkan (untuk ulam) (150 g (2 cawan) )
6) daun kesom, dihiris halus (untuk ulam) ( 80 g (1 ikat) )
7) timun, dipotong halus (untuk ulam) ( 250 g (1 biji) )
8) ikan kembung ( 1 kg (4 ekor) )
9) kelapa laut (200 g )
10) susu tepung skim (30 g (3 sudu makan) )
11) lada hitam (10 g (1 sudu makan) )
12) bawang merah (20 g (10 ulas) )
13) bawang putih (15 g (3 ulas) )
14) halia (5 g (1 sm))
15) lengkuas (5 g (1 sm) )
16) garam (5 g (1 sudu teh) )
17) asam keping (12 g (3 keping) )
18) air (250 ml (1 cawan))
19) cili merah ditumbuk halus (untuk sambal belacan) (4 biji)
20) belacan ditumbuk halus (untuk sambal belacan) (25 g )
21) limau kasturi, diambil perahan jusnya (untuk sambal belacan) (2 biji )
Cara memasak Laksa
1. Tepung beras dicampur dengan garam dan air sambil dikacau sehingga sebati.
2. Panaskan pengukus. Masukkan tudung periuk leper saiz sederhana yang telah disapu sedikit minyak ke dalamnya,
3. Tuang sedikit adunan untuk membentuk satu lapisan nipis di atas tudung periuk.
4. Kukus selama lebih kurang 1 hingga 2 minit sehingga masak.
5. Setelah masak, gulung hasil kukusan seperti gulungan dadar.
6. Ulang langkah 3, 4 dan 5 hingga kesemua adunan abis.
7. sejukkan gulungan laksam dan potong kecil.
Cara membuat kuah
1. Ikan dibersihkan dan direbus bersama air sehingga masak.
2. Ambil isinya dan ditumbuk hingga lumat.
3. Perah kelapa parut bersama air untuk mendapatkan 1 1/2 cawan santan cecair.
4. Bancuh susu tepung bersama air rebusan ikan
5. Campurkan isi ikan bersama bancuhan susu, santan, bahan-bahan yang telah dikisar, asam keping dan garam.
6. Masak hingga mendidih di atas api yang perlahan dan angkat.
*Lada hitam boleh ditambah mengikut citarasa.
Lasam dimakan bersama-sama kuah laksam, ulam dan sambal belacan.