1) mee laksa/spaghetti (250 g (5 cawan) )
2) ikan parang/tenggiri (250 g (2keping) )
3) pati santan (125ml (1/2 cawan))
4) kerisik (15 g (1sudu makan) )
5) asam keping (10 g (2keping) )
6) gula pasir (5 g (1sudu teh) )
7) garam kasar (5g(1sudu teh) )
8) air (500 ml (2 cawan) )
9) Bahan-bahan (A) untuk digiling
10) udang basah, dibuang kulit (100g (1/3 cawan) )
11) udang kering (50g (1/2 cawan) )
12) bawang besar (50 g(1/2 biji) )
13) bawang merah (25 g(5 ulas) )
14) bawang putih (10g(2 ulas) )
15) halia (10 g (1sm))
16) lengkuas (10 g (1sm) )
17) serai dihiris halus (60 g ( 2 batang) )
18) kunyit hidup (10 g (1sm) )
19) rempah kari ikan (30 g(1 bungkus) )
20) Untuk Hiasan
21) timun dibuang kulit dan dihiris halus (300 g ( 1 biji))
22) lobak merah, dihiris halus (150 g(1batang))
23) kacang panjang, dipotong kecil (100g (1/2 cawan) )
24) bawang besar, dihiris bulat (90 g(1biji))
25) limau nipis, dipotong serong (30 g(2biji) )
26) taugeh, dibuang ekor (250 g )
27) Daun kesom dan daun selasih dihiris halus
28) 1 mangkuk sambal belacan kulit limau nipis
Cara memasak
1. Giling bahan-bahan (A) sehingga lumat.
2. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebus ikan. Bunag tulangnya dan giling isi hingga halus.
3. Masukkan bahan-bahan yang bercampur rempah tadi dan air rebusan ke dalam periuk. Jerang air atas api. Kacau rata dan biarkan sehingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan susu rendah lemak dan setelah mendidih beberapa kali, masukkan pati santan dan asam keeping.
5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Kuah laksa ini elok dijerang laam sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.
6. Celurkan mee laksa didalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam. Setelah lembut,angkat dan cuci dengan air sejuk. Toskan segera.
7. Untuk menghidang, menuang kuah ke atas mee laksa diikuti daun kesum, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan dan perahan air limau nipis.