a) Untuk kuah
1) ikan kembung, dibersihkan dan direbus dengan 2 liter (10 cawan) air (600 g (4 ekor) )
2) air (liter (10 cawan) )
3) bunga kantan, dihiris nipis (100 g (2 kuntum))
4) daun kesom, ambil daum sahaja (30 g (10 batang) )
5) asam keping (30 g (5 keping) )
6) garam (3 g (1/2 sudu teh))
Dikisar halus bersama 100 ml (1/2 cawan) air
1) cili kering (60 g (3 sudu makan) )
2) lengkuas (15 g (2 sm) )
3) halia ( 20 g (2 sm) )
4) bawang putih (10 g (2 ulas) )
5) bawang merah (50 g (5 ulas) )
6) serai (50 g (2 batang) )
b) Untuk salad
1) daun salad, dibersihkan dan dihiris (300 g (2 pokok) )
2) timun, dibersihkan dan dipotong memanjang (250 g (1 biji) )
3) (1/4 biji) nenas, dipotong memanjang (300 g)
4) bawang besar, dipotong membulat (180 g (2 biji) )
5) cili merah, dihiris (30 g (2 biji) )
6) limau kasturi, dibelah dua ( 45 g (3 biji) )
7) daun pudina (20 g (5 tangkai) )
8) untuk hiasan (opsional) (1/2 telur masak)
Cara memasak :
a) Cara membuat kuah :
1. Asingkan isi ikan dengan tulangnya.
2. Hancurkan isi ikan sehingga halus dan masukkan ke dalam periuk.
3. Tulang ikan dikisar dalam mesin pengisar dengan menggunakan 2 cawan air rebusan ikan.
4. Tapiskan air tulang ikan ke dalam periuk yang mengandungi isi ikan hancur.
5. Masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar dan air rebusan ikan.
6. Masakkan hingga mendidih. Masukkan garam, hirisan bunga kantan dan daun kesom.
7. Kacau dan masak lagi selama 2 minit. Tutup api.
b) Cara memasak laksa :
1. Rebus laksa sehingga kembang dan lembut.
2. Angkat, toskan dan lalukan dengan air mengalir sebentar. Toskan.
c) Cara hidangan
Masukkan laksa ke dalam bekas, taburkan hirisan slad di atasnya.
Tuangkan kuah bila hendak memakannya. Tambah hirisan daun kesom dan
bunga kantan dan sayur-sayuran lain bagi mereka yang gemar labih sayur.