1) labu, dibuang kulit dan dipotong ( 1 kg (1 biji kecil) )
2) cili besar, dihiris dan dibelah dua (20 g (2 biji) )
3) bawang besar (100 g (2 biji))
4) bawang putih (10 g (2 biji) )
5) kunyit (10 g (2.5 sm) )
6) udang kering/ikan bilis, dibuang kepala dan perut dan ditumbuk kasar (40 g (4 sudu makan) )
7) daun kunyit, dibuang bahagian tengahnya dan disiat (10 g (2 helai))
8) susu rendah lemak ( 1000 ml (4 cawan))
9) garam (5 g (1 sudu teh) )
Cara memasak
1.Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama-sama dengan susu rendah lemak. masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih, sambil mengacau sekali-sekali.
2. Kemudian masukkan labu, daun kunyit, cili, udang kering atau ikan bilis. masak sehingga labu agak empuk, sambil mengacau sekali sekala.
3. masukkan garam. masak sehingga labu benar-benar empuk.
4. Angkat dan hidangkan.