1) minyak (5 g (1 sudu teh))
2) gula (5 g (1 sudu teh) )
Adunan tepung
1) tepung gandum (150 g (1 1/4 cawan))
2) garam (1/4 sudu teh )
3) kuning telur, dipukul sedikit (1 biji )
4) putih telur (2 biji )
Dibancuh bersama
1) susu tepung skim (40 g (1/4 cawan) )
2) air (300 ml (1 1/2 cawan) )
3) santan pekat (100 ml )
Bahan-bahan inti dikisar
1) bawang merah (6 ulas )
2) serai, dihiris (1 batang )
3) belacan ( 5 g (1 sudu teh) )
4) ayam tanpa kulit, dicincang (60 g )
Bancuh bersama
1) asam jawa (5 g (1 sudu teh) )
2) air (20 ml (2 sudu makan))
Bahan-bahan hiasan
1) Daun bawang dipotong kecil
2) Cili merah dihiris
Cara memasak :
1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan. Masukkan telur dan
campuran susu serta santan perlahan-lahan ke dalam adunan dan kacau
sehingga rata. Adunan ditapis ke dalam jug.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali tidak melekat dan menggoreng
bahan-bahan inti sehingga wangi. Masukkan air asam jawa, gula dan garam
dan masak sehingga kering.
3. Panaskan acuan kuih cara dan sapu dengan sedikit minyak. Masukkan
adunan tepung sehingga separuh penuh dan masak sehingga separuh masak.
Masukkan 1 sudu teh bahan-bahan inti dan tambah adunan tepung untuk
memenuhi acuan. Tutup acuan dan masak kuih denagn api perlahan.
4. Tabur bahan-bahan hiasan di atas kuih yang hampir masak.