1) ikan tenggiri dibersihkan dengan air asam (500g (5 potong))
2) cili padi (10 g (10 biji))
3) kunyit hidup (3g (1sm))
4) limau kasturi, ambil airnya (60g (4 biji))
5) bendi (100g)
6) bawang merah (30g (3 ulas))
7) santan, 80g kelapa tambah 250ml (1cawan air) (250)
8) susu rendah lemak (375ml (1 1/2 cawan))
9) garam (10g (2 sudu teh))
1. Tumbuk bawang merah, cili padi dan kunyit
2. Gaulkan ikan dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk, air limau kasturi dan garam di dalam periuk.
3. Masukkan santan dan jerang diatas api
4. Sesudah mendidih, masukkan susu rendah lemak. Kacau perlahan.
5. Masukkan bendi. Biarkan seketika
6. Angkat dan hidangkan