1) bawal hitam/tenggiri, potong 5 keping (500 g )
2) cili hijau dipotong 2 (60g (4 biji))
3) tomato masak dipotong 4 (220g (2 biji))
4) asam jawa dicampur dengan 1/2 cawan air untuk menjadi pes pekat (10g (4 sudu makan))
5) air (1000ml (4 cawan))
6) minyak sayuran (30g (3 sudu makan))
7) limau nipis, ambil jus (10g (1 biji))
8) garam (secukup rasa)
Dikisar
1) bawang putih (50g (10 ulas))
2) halia (50g (5sm))
3) bawang merah (100g (10 ulas))
Dicampur
1) serbuk jintan manis (30g (3 sudu makan))
2) serbuk ketumbar (20g (2 sudu makan))
3) serbuk kunyit (10 g ( 2 sudu makan))
4) air (125ml )
1. Panaskan minyak dalam pan yang tidak melekat.
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah pes dan kacau hingga wangi.
4. Masukkan air, asam jawa dan garam. Biar didih selama 3 minit.
5. Masukkan ikan dan masak sehingga empuk dan kuahnya pekat. Masukkan tomato, cili hijau dan masak salaam 5 minit lagi. Akhir sekali masukkan jus limau. Kacau rata.
6. Hidangkan panas dengan cappati atau nasi.