1) ayam, tanpa kulit dan lemak (600 g )
2) minyak sayuran (30 g (3 sudu makan) )
3) daun kari (10 g ( 4 helai) )
4) ubi kentang dipotong empat (140 g (2 saiz sederhana) )
5) tomato masak dipotong kiub besar (140 g (2 saiz sederhana))
6) air panas (60 ml (1/4 cawan))
7) Garam ( secukup rasa)
8) Daun saderi ( dicincang untuk hiasan)
Bahan A dicincang
1) bawang merah (50 g (5 ulas) )
2) bawang putih (30g (3 ulas) )
3) halia (50 g (5sm) )
Dicincang:
1) bunga lawang (5g (2) )
2) bunga cengkih (G 5 (2) )
3) kayu manis (5 g (2 batang) )
Serbuk rempah:
1) serbuk kunyit (10 g (1 susu makan))
2) serbuk cili (30 g (3 sudu makan) )
3) serbuk ketumbar (15 g (3 sudu teh) )
4) serbuk jintan putih (5 g ( 1 sudu teh) )
1. Potong ayam kepada kepingan untuk masak kari
2. Panaskan minyak di dalm pan tidak melekat, goreng bahan A dan daun kari hingga wangi
3. Masukkan serbuk rempah, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis dan kacau rata. Tambah 1 cawan air.
4. Bila kuah mendidih, masukkan ayam dan ubi kentang. Kacau rata dan tambah 3 cawan air. Tutup dan masak selama 30 minit atau sehingga aym menjadi empuk
5. Bila kari menjadi pekat, masukkan tomato dan masak 5 minit lagi.
6. Tuangkan susu dan renih tanpa ditutup selama 5 minit lagi
7. Padamkan api dan perasakan dengan garam dan daun saderi. Gaul rata.
8. Hidangkan panas dengan nasi atau chappati