1) ikan terubok ( 500 g (5 keping) )
2) cili merah ( 70 g (6 biji))
3) bawang merah (100 g (10 ulas))
4) halia (5 g (1 sm))
5) kunyit hidup (3 g (2 sm))
6) tempoyak (70 g (7 sudu makan))
7) asam keping (5 g (3 keping) )
8) gula (10 g (1 sudu makan) )
9) serai, diketuk (30 g (3 batang) )
10) daun kunyit (2 g (1 helai sederhana) )
11) air (750 ml (3 cawan) )
12) garam ( secukup rasa)
Cara memasak
1. Ikan dibuang sisik, dibersihkan dan dipotong lima.
2. Masukkan ikan, air, serai, asam keping dan bahan-bahan yang dikisar serta tempoyak di dalam periuk. Jerang sehingga mendidih.
3. Setelah itu, masukkan daun kunyit. Balik-balikkan sebentar, kemudian angkat.
4. Hidangkan dengan nasi.