1) keping ikan (300g )
2) halia dihiris (5 g )
3) bawang putih ditumbuk (10 g )
4) bawang besar dipotong kiub (40 g )
5) timun dibuang kulit dan dipotong kiub (100 g (1/2 saiz sederhana))
6) sayur lada merah dipotong kiub (50 g (1/2 saiz sederhana) )
7) sayur lada hijau dipotong kiub (50 g (1/2 saiz sederhana) )
8) nenas dipotong kiub (100 g (1 ulas) )
9) minyak sayuran ( 20 g ( 2s sudu teh) )
Untuk kuah
1) gula ( 20 g ( 4 sudu teh) )
2) cuka ( 35 g (3 ½ sudu makan))
3) sos tomato ( 70 g (7 sudu makan))
4) sos cili (20 g ( 2 sudu makan) )
5) kicap cair (10 g ( 2 sudu makan) )
6) air (30 ml ( 1½ sudu makan) )
1. Didalam kuali, panaskan 10 g minyak dan goreng ikan. Ketepikan ikan.
2. Gunakan minyak yang selebihnya dan tumis halia dan bwang putih selama 2 minit. Masukkan bawang, timun, sayur lada merah dan hijau, masak selama 2-3 minit
3. Masukkan ikan dan nenas ke dalam sayur. Kacau rata dan sendukkan ke piring hidangan.
4. Untuk menghidangkan, taburkan sos ke atas dan hidangkan dengan nasi
Untuk membuat sos
Di dalam pan, didihkan gula dan cuka. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap cair dan air. Masak selama 5 minit sebelum dituang ke atas ikan.