1) ikan tenggiri/merah (500 g (5 keping sedarhana))
2) serbuk cili (20 g (2 sudu teh))
3) serbuk kunyit ( 5 g (1/2 sudu teh))
4) serbuk lada hitam (10 g (1 sudu teh) )
5) rempah kari ikan (10 g (1 sudu teh) )
6) yogurt rendah lemak (1/4 cawan )
7) puri tomato (10 g (1 sudu teh) )
8) limau (5 g (1/2 biji) )
9) minyak sayuran (10 g (1 sudu makan) )
10) garam (3 g (1 sudu teh) )
Dikisar halus
1) bawang putih ( 30 g (6 ulas) )
2) bawang besar (90 g (1 biji) )
3) halia (10 g (1 sm))
Bahan hiasan
1) teh daun bawang, dicincang (2 sudu )
2) daun ketumbar, dicincang ( 2 sudu teh )
3) tomato, dipotong nipis (1 biji )
4) timun, dipotong nipis (1/2 biji)
5) daun salad, dihiris (2 helai)
Cara memasak
1. Ikan dipotong menyerong dan diperap dengan garam dan air limau sehingga 1/2 jam.
2. Campurkan yogurt, bawang besar, halia, bawang putih, serbuk cili,
rempah kari, puri tomato, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.
3. Perapkan ikan dengan 2/3 dari bahan campuran (No. 2 di atas) selama 1 jam.
4. Panggang ikan sehingga kekuningan di kedua-dua belah. Rejiskan dengan baki sos yogurt ke atas ikan dari masa ke semasa.
5. Hiaskan denagn bahan-bahan hiasan.
6. Hidangkan dengan sayur-sayuran dan roti naan atau nasi.