1) kobis sebesar piring makna kecil (40 g (5 daun))
2) minyak sayuran (10 g (1 sudu makan) )
3) serbuk protein kacang soya. Rendam bersama air suam selama 20 minit. Tuangkan air. ( 50 g (2/3 cawan) )
4) bawang besar, dipotong (80 g (1 biji) )
5) bawang putih (10 g (2 ulas) )
6) serbuk kunyit (3 g (1/2 sudu teh))
7) nasi (70 g (1/2 cawan) )
8) cendawan, direndam dan hiris kecil (6 g (2 biji) )
9) bran (30 g (2 sudu makan))
10) sayur daun hijau seperti bayam, sawi, dan lain-lain (50 g (1/2 cawan))
11) kacang buncis, dipotong kecil ( 15 g (2 sudu makan) )
12) lobak merah, diparut (10 g (1 sudu makan) )
13) pes tomato (40 g (4 sudu makan) )
14) gula (3 g (1/2 sudu teh) )
15) lada hitam
16) keju Mozarella atau keju Cheddar, diparut (30 g )
17) air ( 200 ml (1 cawan) )
18) marjerin (untuk menyapu dulang dapur) (sedikit )
Bahan untuk sos
1) minyak sayuran (5 g (1/2 sudu makan))
2) bawang merah, dipotong kecil (50 g (5 ulas) )
3) pes tomato (30 g (1/2 cawan))
4) daun bay (2 helai )
5) air (100 ml (1/2 cawan))
Cara membuat sos
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga berwarna keemasan.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan biarkan mendidih 5 minit. Padamkan api.
Cara memasak inti
1. Masukkan setiap daun kobis satu persatu dalam air mendidih hingga lembut. Toskan. Jaga supaya daun tidak koyak.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawng putih.
Masukkan air, protein sayuran dan serbuk kunyit. Biarkan 15 minit.
Padamkan api.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang lain kecuali keju dan marjerin. Gaul sehingga sebati.
4. Letakkan satu helai daun kobis dengan rata. Isikan 3 sudumakan inti
tadi dan gulungkan. Ulangi langkah ini untuk semua daun kobis.
5. Letakkan semua gulungan kobis di atas dulang dapur yang telah disapu dengan marjerin.
6. Tuangkan sos yang telahdisediakan ke atas gulungan daun kobis.
7. Tutupkan dan bakar pada suhu 180oC/350oF selama 35 minit.
8. Buka dan taburkan keju mozarella dan bakar sekali lagi selama 5-10 minit.
9. Hidangkan sebagai lauk utama bersama roti bakar, naan, capati dan pita atau sebagai pilihan sayur.
Cadangan: Inti sayuran boleh ditukar mengikut kesukaan sendiri atau keluarga.