1) pisang kari atau 150 g ubi keladi (150 g (1 biji) )
2) kacang kuda, bersihkan dan rendam 1-2 jam. Kemudian rebus bersama kulit (100 g (1/2 cawan))
3) cendawan kering, direndam 20 minit dan dihiris halus (12 g (4 keping) )
4) serbuk roti mil penuh (50 g (1/2 cawan) )
5) cili hijau (10 g (2 biji) )
6) serbuk kunyit ( 5 g (1 sudu teh))
7) serbuk kari ( 30 g (1 sudu makan) )
8) lada sulah (5 g (1/2 sudu teh))
9) minyak sayuran (30 g (3 sudu makan) )
10) garam (secukup rasa )
Dikisar halus
1) bawang merah kecil (80 g (80 ulas))
2) halia (5 g (1 sudu teh) )
3) daun kari (5 g (10 helai) )
Cara memasak
1. Buang kulit pisang, potong kiub dan direbus bersama 1/2 sudu teh minyak dan serbuk kunyit.
2. Lecek kacang kuda dan piasng kari dengan garpu, hingga halus.
3. Campurkan semua bahan kecuali minyak.
4. Menguli hingga sebati. Jika terlalu pekat, gunakan sedikit air atau
susu kurang lemak untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai untuk menguli
cutlet.
5. Bahagikan kepada 10 bahagian. Menguli cutlet bentuk burger atau lurus panjang sesuai sebagai 'finger food'.
6. Lapiskan kuali dengan daun pisang dan sedikit minyak. Panaskan kuali
dan panggang cutlet. Tambah minyak sedikit demi sedikit hingga semua
cutlet telah dimasak.
7. Hidangkan bersama nasi, membuat burger, sandwic atau sebagai satu pilihan minum petang.