1) tepung atta (untuk mendapatkan 10 capati) (400 g (4 cawan) )
2) air (150 ml (3/4 cawan) )
3) marjerin lembut (opsional) (10 g (1 sudu makan) )
Cara membuat capati
1. Gaul tepung atta bersama air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan doh yang sebati.
2. Uli doh dan biarkannya sehingga 1-2 jam. tutup dengan kain bersih yang lembab untuk mengelakkan doh menjadi kering.
3. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Canaikan setiap bahagian sebesar pinggan makan yang bersaiz sederhana.
4. Masak di atas kuali rata yang panas. Apabila capati bertukar warna,
terbalikkan dan tekan dengan lipatan kain bersih hingga naik.
Nota: Jika suka, boleh dicampurkan marjerin dalam doh atau sapu capati setelah masak.
Cara menghidang
Capati boleh dimakan denagn timun 'raita', dalca, kari ikan/daging atau taukwa rendang.