1) tauhu lembut dilumatkan (300 (2 keping) )
2) sengkuang diparut memanjang(halus) (40 g (1/4 cawan) )
3) lobak merah diparut halus memanjang(halus) (40 g (1/4 cawan) )
4) daun bawang dihiris (10 g (1/4 cawan) )
5) isi ikan tenggiri mentah dilecek (90 g (1/2 cawan))
6) putih telur dipukul (20 g (1 biji))
7) bawang besar dicincang (25 g (1biji))
8) perencah kari (3 g (1½ sudu makan))
9) minyak sayuran untuk membakar (10 g (1 sudu makan) )
10) tepung jagung (20 g ( 1sudu makan) )
11) daun kunyit, dimayang halus (20 g (1 helai))
12) garam (2 g (1/4 sudu teh) )
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dan daun kunyit. Gaul hingga ebati. Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
2. Lumurkan loyang dengan minyak sayuran dan aturkan adunan di atasnya. Taburkan daun kunyit dan bakar selama 30 minit pada suhu 180°C.(Dicadangkan menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana lebih lembut.) Hidangkan dengan sos cili.