1) ayam (600 g (1/2 ekor) )
2) taugeh (500 g )
3) koay teow (500 g )
4) minyak bijan ( 15 g (2 sudu makan) )
5) kicap cair (50 g (5 sudu makan) )
6) lada sulah (Sedikit)
7) timun (250 g (1 biji) )
8) Setangkai daun bawang dan daun ketumbar, dihiris
9) Garam (secukup rasa)
10) air untuk rebusan (20 cawan )
11) Sedikit bawang goreng
Bahan-bahan untuk sos
1) cili merah (40 g (3 biji) )
2) halia (4 g (1sm) )
3) limau aksturi, ambil jusnya (50 g (3 biji) )
4) gula (2 g (1/2 sudu teh) )
5) garam (5 g (1 susu teh) )
1. Bersihkan ayam. Buang kulit dan lemak yang kelihatan
2. Masak air di dalm periuk. Tambah ���½ sudu teh garam
3. Bila air telah mendidih, masukkan ayam, perlahankan api
4. Reneh ayam sehingga empuk selama lebih kurang 45 minit.
5. Setelah ayam empuk rendam ayam di dalam air sejuk selama 30 minit supaya dagingnya lembut dan licin.
6. Keluarkan ayam dan potong kecil-kecil(seperti ayam untuk nasi ayam) untuk dihidangkan.
7. Susun hirisan timun dalam pinggan. Letakkan ayam yang telah dipotong di atasnya.
8. Tambah 1 sudu makan kicap cair, 1 sudu makan minyak bijan, daun bawang dan ketumbar yang telah dihiris dan sedikit alda sulah ke atas ayam.
9. Hidangkan ayam bersama taugeh, sup ayam, koay teow dan sos cili.
Taugeh celur
1. Rebus satu periuk air
2. Masukkan taugeh seketika, angkat dan toskan. Taugeh seharusnya masih rangup.
3. Bubuh taugeh di atat pinggan. Hidangkan.
Sos cili
Tumbuk halia dan cili, tambah jus asam limau, garam dan gula
Koay teow
Celur koay teow, hidang di dalam pinggan. Hidangkan lada sulah, kicap cair berasingan. Tambah bahan-bahan berkenaan apabila sedia untuk dimakan.