1) dada ayam, tanpa kulit dan lemak (600 g )
Bahan (A) ditumbuk
1) cili merah (100 g (8biji) )
2) bawang merah (100 g (8ulas) )
3) kunyit hidup (40 g (2 ketul sebesar ibu jari) )
Bahan (B) dihiris halus
1) serai (40 g (2 batang))
2) daun kunyit muda (5 g (3helai) )
3) daun limau purut (3 g (5 helai) )
4) bawang merah, dihiris bulat (60 g (1 biji) )
5) asam jawa, dicampur dengan ½ cawan air untuk mendapatkan jusnya (20 g (2 sudu makan) )
6) garam (5 g (1 sudu teh))
1. Ayam dipotong sebesar kotak mancis. Cuci dan toskan.
2. Gaulkan ayam bersama bahan (A) dan (B) kemudian perap selama 15 minit.
3. Mauskkan bawang besar, jus asam jawa, susu rendah lemak dan garam ke dalam ayam yang telah diperap tadi. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan campuran ke dalam kerajang aluminium. Balut kemas dan bakar di dalam oven pada suhu 240° C selama 20-30 minit.
5. Hidangkan semasa panas.