1) dada ayam, tanpa kulit dan lemak (750g (5 keping) )
2) kacang tanah (100 g ( 1 cawan) )
3) susu rendah lemak (125ml (1/2 cawan) )
4) minyak sayuran (30 ml (3 sudu makan))
5) asam jawa dicampur dengan ½ cawan air untuk mendapatkan jusnya (5 g ( 1 sudu makan) )
6) kunyit hisup, ditumbuk halus (10 g (2 sm))
Dikisar bersama ½ cawan air:
1) serai (20g (2 batang) )
2) bawang merah (70 g (6 ulas) )
3) lengkuas (5 g (1sm) )
4) halia (5 g (1 sm) )
5) cili kering (10 g (7-8 biji))
6) garam (5 g (1 sudu teh))
Bahan-bahan untuk hiasan:
1) timun dipotong nipis-nipis (1 biji )
2) tomato dipotong bulat (1 biji )
3) daun salad (5 helai )
1)Ayam dibersihkan digaul dengan garam dan kunyit. Perap selama 15 minit.
2) Bungkus ayam dalam keranjang aluminium dan bakar di dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 220 darjah.
3) Sementara itu sediakan kuah kacang mengikut cara yang diberi di bawah.
Untuk kuah
1) Goreng kacang tanpa minyak.
2) Buang kulit dan tumbuk kacang hingga hancur (tidak terlalu halus)
3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
4) masukkan jus asam jawa, kemudian tambahkan 1/4 cawan air, kacau dan biarkan seketika.
5) Masukkan kacang yang telah ditumbuk, susu rendah lemak, garam dan gula. Kacau dan biar selama lebih kurang 5 minit.
6) Angkat kuah kacang dan dihidang bersama ayam yang telah dibakar. Hiaskan dengan daun salad, hirisan timun dan tomato.