1) ayam, dibuang kulit dan lemak dipotong 5 (800 g (1/2 ekor) )
2) bawang merah (100 g (10 ulas) )
3) bawang putih (20 g (5 ulas) )
4) halia (30 g (2sm) )
5) kunyit hidup (10 g (2.5sm) )
6) cili padi (15 g (15 biji) )
7) cili kering, direndam di dalam air panas atau dicelur sebentar (10 g (10 biji) )
8) tomato dibelah 5 (100 g (1 biji) )
9) daun limau purut diracik halus (2 g (6 helai))
10) daun kunyit diracik halus (10 g ( 2 helai) )
11) serai dititik (20 g (1 batang) )
12) susu skim (250 ml (1cawan) )
13) air + 30 g susu tepung skim, (250 ml (1 cawan) )
14) minyak sayuran (6 g ( 2 sudu makan) )
15) garam (5 g ( 1 sudu teh) )
16) Cili merah dan tomato untuk hiasan
Cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan serai.
2. Masukkan ayam, daun limau purut dan daun kunyit. Masukkan garam.
3. Masukkan susu skim. Tutup kuali dan biarkan ayam masak. Kacau sekali sekala.
4. Masukkan tomato. Biarkan sebentar.
5. Angkat. Hiaskan dengan cili merah dan tomato dan hidangkan.