1) dada ayam tanpa kulit (300 g )
2) cili kering, dipotong menyerong dengan panjang 2sm (8g )
3) minyak sayuran (25g (5 sudu teh) )
4) kacang gajus, dibakar tanpa minyak (30 g)
5) sengkuang cina segar(dalam tin) dipotong dadu (100 g )
6) Daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan
Bahan-bahan A
1) kicap cair (10 g (2 sudu teh) )
2) air (40ml(2 sudu makan) )
3) tepung jagung (10 g (2 sudu teh))
Bahan-bahan B
1) kicap cair ( 10g (2 sudu teh))
2) gula (10 g (2 sudu teh) )
3) minyak bijan (2.5 g (1/2 sudu teh) )
4) sos Lea & Perrin (5 g (1 sudu teh))
5) air (40ml (2 sudu makan))
6) tepung jagung (5 g (1 susu teh) )
1. Gunakan bahagian tumpul pisau pembelah, tumbuk ayam dengan ringan dan hiriskan.
2. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan A dan perap selama 20 minit.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, tumis cili kering dengan kepanasan sederhana selama 30 saaat. Masukkan ayam dan sengkuang cina dan tumis sehingga ianya bertukar warna.
4. Masukkan bahan-bahan B dan tumis sehingga semua bahan-bahan sebati dan kuahnya pekat mengikut kesukaan.
5. Akhir sekali, masukkan kacang gajus, hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Hidang dengan nasi.