1) ayam (peha), dibuang kulit & lemak (600 g (5 ketul) )
2) tauhu, dipotong kiub ( 150 g (3 ketul) )
3) bawang putih (dengan kulit) (100 g (1 babu sederhana) )
4) cendawan kering direndam di dalam 200 ml (1 cawan) air dan dipotong dua (15 g (5 kering) )
5) rempah Bak Kut Teh (17 g (1 bungkusan) )
6) kicap cair (25 g (2 sudu makan) )
7) kicap pekat (20 g (1 1/2 sudu makan) )
8) sos tiram ( 25 g (1 1/2 sudu makan) )
9) lada sulah (5 g (1 sudu teh) )
10) air (1000 ml (5 cawan) )
Cara memasak
1. Masukkan bawang putih, rempah Bak Kut Teh dan cendawan bersama airnya ke dalam periuk.
2. Tambahkan 5 cawan air (1000 ml).
3. Didihkan menggunakan api yang rendah selama 30 minit.
4. Masukkan ayam dan taufu.
5. Didih lagi selama 30 minit menggunakan api sederhana.
6. Akhir sekali tambahkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram serta lada sulah.
7. Hidangkan panas.