1) pohon keladi (batang bersama ubi) (300g (1batang) )
2) kunyit hidup ditumbuk halus (5g (2sm) )
3) cili padi ditumbuk halus (10g (5biji))
4) tempoyak (80g (4 sudu makan) )
5) udang kering/geragau basah (20g )
6) asam keping (2g (2keping))
7) daun kesom (pilih daun dan batang kecil) ( 3 tangkai)
8) garam (10 g (2 sudu teh) )
9) air (1250ml (5cawan))
1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya.
2. Potong sepanjang 5sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu
3. Celur batang dan ubi keladi di dalam aie mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan.
4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk
5. Kacau hingga sebati dan masak hingga memdidih
6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika.
7. Kecilkan api dan masak sehingga empuk.
8. Angkat dan hidangkan.