1) putih telur (3 biji )
2) yogurt rendah lemak (450 g (3 tub))
3) gula kastor ( 40 g (4 sudu makan) )
4) esen vanilla (5 ml (1 sudu teh) )
Cara memasak :
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan 1 sudu besar gula, pukul hingga
kembang dan berkilat. Campurkan yogurt dan esen vanila.
2. Kemudian tuangkan adunan ke dalam bekas pembeku. Bekukan selama 2 jam dan pukul adunan lagi hingga sebati.
3. Ulang sehingga 3 kali dan bekukan. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum dihidangkan.
Nota: Untuk aiskrim yogurt perisa kopi, tambahkan 2 sudu teh kopi segera yang dibancuh dengan 1 sudu teh air panas.
Untuk aiskrim yogurt perisa koko, tambahkan 2 sudu teh serbuk koko.