1) Udang (200g)
2) Lobak merah (1/2 biji)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Lengkuas (3 hiris)
6) Halia (3 hiris)
7) Kunyit (1 inci)
8) Daun kunyit (1 helai)
9) Cili merah (1 biji)
10) Santan cair (2 1/2 cawan)
11) Santan pekat (1/2 cawan)
12) Garam (sedikit)
Cara-caranya, bersihkan udang terlebih dahulu dengan membuang sesungutnya. Untuk gulai, kulit udang tidak perlu dibuang.
Kemudian, tumbuk halus lengkuas, halia dan kunyit. Untuk bahan-bahan tersebut hancur, tambahkan sedikit garam.
Setelah lumat, masukkan bawang putih, tumbuk lagi dan masukkan bawang merah. Tumbuk sehingga semua bahan lumat.
Setelah itu, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk diikuti dengan santan cair dan asam keping.
Panaskan periuk dan biarkan hingga mendidih.
Selepas itu, carik-carikkan daun kunyit dan masukkan ke dalam kuah yang sudah mendidih diikuti dengan lobak merah.
Biarkan hingga lobak merah empuk dan kacau sekali-sekala supaya kuah tidak berketul.
Kemudian, masukkan udang dan cili merah yang dihiris nipis. Biarkan mendidih hingga udang masak.
Setelah mendidih, masukkan santan pekat, kacau sebati dan biarkan mendidih hingga masak. Sedia untuk dihidang.