1) Udang (200g)
2) Cili merah dan cili hijau dihiris nipis (2 biji)
3) Bawang besar dipotong bulat (1/2 biji)
4) Serbuk kunyit (secukup rasa)
5) Garam (secukup rasa)
6) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)
7) Daun bawang (jika suka) (secukup rasa)
Perap udang dengan kunyit dan garam.
Goreng udang hingga masak.
Masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.
Masukkan cili dan daun bawang.
Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.