1) Udang besar - dibersihkan (500g)
2) Pasli - dicincang (2 sudu besar)
3) Bawang putih - dicincang (3 ulas)
4) Oregano kering (2 sudu kecil)
5) Jus lemon (1 cawan)
6) Minyak zaiton (1 cawan)
7) Sos tomato (1 sudu besar)
8) Sos lada hitam (1 sudu besar)
9) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
10) Garam (sedikit)
11) Pencucuk - mengikut saiz hidangan
Campur minyak zaiton, jus lemon, oregano kering, serbuk lada hitam, sos tomato, sos lada hitam, garam, bawang putih dan parsley. Kacau sebati.
Masukkan udang dan gaul rata bersama sos tersebut. Perap lebih kurang 2 jam di dalam peti ais.
Setelah siap diperap, cucuk udang pada batang pencucuk.
Bakar udang di atas pemanggang. Balik-balikkan selalu sehingga udang masak sekata.
rendam pencucuk tersebut selama ½ jam di dalam air supaya ianya tidak mudah terbakar