1) Tortilla gandum penuh (3 keping)
2) Filet ayam - dipotong kecil (3 keping)
3) Capsicum hijau - didadu kecil (1/2 biji)
4) Capsicum merah - didadu kecil (1/2 biji)
5) Jagung manis - rebus dan ambil isi (1/2 biji)
6) Keju mozzarella parut (2 sudu besar)
7) Cheddar - hirisan (2 sudu besar)
8) Bawang besar kuning - dihiris nipis (1/2 biji)
9) Serbuk jintan putih (1/2 sudu besar)
10) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
11) Garam (1 sudu kecil)
12) Daun ketumbar - dicincang (1/2 sudu besar)
13) Minyak untuk menumis
Mula-mula panaskan minyak dan goreng ayam sehingga bertukar warna.
Kemudian masukkan capsicum, jagung, serbuk lada hitam, jintan putih, dan garam.
Seterusnya masukkan hirisan bawang besar. Masak lagi sehingga bawang layu dan ayam masak sebati bersama semua rasa. Apabila siap, ketepikan seketika.
Taburkan keju mozzarella dan cheddar di atas kepingan tortilla dan kemudian masukkan ayam tadi. Akhir sekali taburkan sedikit daun ketumbar.
Lipatkan tortilla tersebut dan panaskan di dalam kuali. Masukkan keju pada bahagian lipatan tortilla tersebut supaya lipatan tidak terbuka.
Masak hingga tortilla agak garing dan keju cair.
Tortilla ayam sedia untuk dihidang