1) Isi ayam (100g)
2) Pes tomyam - sila rujuk video pes tomyam (2 sudu besar)
3) Cili (2 biji)
4) Cili padi (6 biji)
5) Tomato (1 biji)
6) Serai (1 batang)
7) Bawang besar (1 labu)
8) Daun limau purut (1 helai)
Panaskan air dalam periuk dan masukkan pes tomyam. Kacau hingga sebati dan biar mendidih.
Masukkan ayam, sedikit garam, dan serai yang diketuk.
Biar mendidih seketika dan masukkan daun limau purut.
Masukkan bawang besar, tomato, cili padi, dan cili yang dibelah dua. Biar mendidih hingga bahan-bahan layu.