1) Timun - dipotong kasar (1 biji)
2) Lobak merah - dipotong kasar (1/2 biji)
3) Halia - dicincang halus (1 inci)
4) Bawang putih - dicincang halus (2 ulas)
5) Bawang merah - dimayang (3 ulas)
6) Cili merah dan cili hijau (1 biji)
7) Manisan (sedikit)
8) Pes cili (1 sudu besar)
9) Santan - dicampur 2 cawan air (1 cawan)
10) Cuka (2 sudu besar)
11) Garam (sedikit)
12) Minyak untuk menumis
Cara-caranya ialah, panaskan minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu. Setelah wangi masukkan bawang merah. Apabila bawang merah sudah layu, masukkan halia dan kacau sebentar.
Kemudian, masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan timun, diikuti dengan garam, manisan dan cuka.
Biarkan sehingga mendidih dan masukkan lobak merah. Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau yang dipotong kasar.
Biarkan lagi sehingga lobak merah empuk dan sedia untuk dihidang.