1) Terung (1/2 batang)
2) Telur (1 biji)
3) Serbuk roti (1/2 cawan)
4) Tepung (1/2 cawan)
5) Keju mozzarella parut (1/2 cawan)
6) Garam (secukup rasa)
7) Serbuk lada putih (secukup rasa)
Potong terung. Gaulkan dengan garam dan serbuk lada putih.
Letakkan keju mozzarella di tengah-tengah terung.
Salut rata terung bersama tepung, celup di dalam telur, dan salut dengan serbuk roti.
Goreng terung hingga garing dan kejunya cair.
Terung goreng bersama keju mozzarella sedia dihidang sebagai snek atau sajian sampingan.