1) Telur (4 biji)
2) Kentang saiz sederhana - dihiris nipis (1 biji)
3) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 sudu besar)
4) Bawang besar - dicincang kasar (1/2 biji)
5) Cili hijau - dicincang halus (1 biji)
6) Minyak sapi (1 sudu besar)
7) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
8) Serbuk lada putih (1/4 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)
Campurkan telur bersama bawang, daun ketumbar, cili hijau, garam, jintan putih dan serbuk lada putih.
Kacau rata hingga telur kembang. Ketepikan seketika.
Cairkan minyak sapi dan goreng hirisan kentang hingga empuk. Ketepikan dan sejat minyaknya.
Cairkan lagi sedikit minyak sapi dan curahkan adunan telur.
Masak dengan api kecil supaya bahagian bawah telur tidak hangus.
Apabila telur separuh masak, atur hirisan kentang goreng di atasnya, penuh pada sebelah bahagian.
Lipatkan bahagian tanpa kentang ke bahagian yang sebelah lagi supaya telur menjadi separuh bulat.
Terbalikkan dan biar beberapa ketika supaya telur melekat di kedua-dua belah bahagian dan tidak mudah hancur apabila diangkat.