1) Serbuk teh (6 sudu kecil)
2) Air masak (6 cawan)
3) Susu sejat (1 cawan)
4) Gula (secukup rasa)
5) Kayu manis (1 batang)
6) Bunga cengkih (4 kuntum)
7) Serbuk lada hitam (10 biji)
Rebus semua rempah ratus tersebut bersama dengan teh dan air secukupnya.
Biarkan mereneh dan mendidih dengan api sederhana.
Apabila mendidih dan pekat, tapis teh tersebut daripada serbuknya.
Curahkan susu sejat dan gula. Kacau hingga gula hancur.
Teh berempah, rasa yang unik dan menyegarkan.