1) Tauhu Telur - dipotong nipis (200g)
2) Udang - dibuang kulit dan dicincang (80g)
3) Cendawan Kering - direndam dgn air panas & dihiris nipis (4 ketul)
4) Telur (1 biji)
5) Bawang Putih - dicincang halus (1 ulas)
6) Halia muda - dihiris nipis (1 inci)
7) Tepung Jagung (1 sudu besar)
8) Minyak Bijan (sedikit)
9) Stok Ayam (sedikit)
10) Kicap Cair (1 sudu besar)
11) Serbuk Lada Sulah (sedikit)
12) Garam (secukup rasa)
Goreng tauhu telur. Apabila masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan halia.
Masukkan cendawan dan goreng hingga empuk.
Masukkan kicap cair dan udang. Kacau hingga udang empuk.
Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit. Biar mereneh seketika.
Masukkan minyak bijan, serbuk lada sulah dan garam. Kacau rata dan masukkan telur.
Apabila kuah pekat, masukkan tauhu telur. Kacau sebati dan hidang.