1) Mee telur (4 ketul)
2) Air - untuk melembutkan mee
3) Isi ayam - dipotong kecil (4 oz)
4) Cendawan tiram (2 oz)
5) Taugeh (2 oz)
6) Kobis panjang - dipotong kecil (2 oz)
7) Air (1 1/4 cawan)
8) Bawang merah - dihiris nipis (1 sudu besar)
9) Halia - dicincang (1 sudu kecil)
10) Kiub pati ayam (1)
11) Garam (secukup rasa)
Mula-mula, lembutkan mee telur. Didihkan air dan masukkan mee. Biarkan sehingga mee lembut. Apabila mee lembut sejatkan airnya. Ketepikan seketika
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam.
Apabila ayam empuk, masukan kiub pati ayam dan hancurkannya agar sebati bersama ayam. Seterusnya masukkan cendawan tiram. Masak seketika dan masukkan pula mee telur, air, garam, kobis, taugeh dan kicap cair.
Gaul rata mee tersebut bersama semua bahan agar semua rasa sebati.
Tan mein enak dinikmati ketika panas bersama kicap cili potong