1) tulang rusuk (1 kg )
2) air (1/2 cawan )
3) tomato puri (1 cawan )
4) sos cili ( 1/2 cawan)
5) cili boh ( 1/4 cawan )
6) bawang merah ( 1 biji)
7) bawang putih ( 5 ulas)
8) halia dicincang (1 sudu besar )
9) serbuk jintan manis (1 sudu besar )
10) serbuk jintan putih (1 sudu besar )
11) lada hitam (1 sudu kecil)
12) bunga lawang (3 kuntum )
13) bunga cengkih (5 kuntum )
14) kayu manis (1 batang )
15) buah pelaga dikisar hancur (4 biji )
16) garam (secukupnya)
17) gula (sedikit)
18) minyak (sedikit)
Hiasan:
1) limau nipis ( 1 biji)
2) daun sup (1 helai )
3) bawang goreng (sedikit )
1. Mula-mula masak tulang rusuk bersama air sukupnya. Tambahkan sedikit garam dan gula. Didihkan hingga daging mengecut sedikit.
2. Setelah daging empuk, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah ratus yang dikisar, cili boh, lada hitam, jintan manis dan jintan putih. Tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan tomato puti dan sos cili.
4. Seterusnya masukkan tulang rusuk yang telah direbus dan gaul rata semua bahan.
5. Kemudian masukkan air rebusan tulang tadi dan tambha sedikit garam.
6. Renehkan seketika hingga kuahnya menjadi pekat.
7. Hidangkan dan hias bersama, daun sup, bawang goreng dan limau nipis.