1) Telur - dipukul hancur (4 biji)
2) Daun bawang - dipotong kasar (1 tangkai)
3) Air - untuk kuah (1 cawan)
4) Minyak sayuran (3 1/2 oz)
5) Serbuk lada putih (1/2 sudu kecil)
6) Serbuk perasa - jika suka (1/8 sudu kecil)
7) Garam (secukup rasa)
Kaedahnya, panaskan minyak di dalam periuk dan goreng telur.
Kacau seketika dan masukkan bahan-bahan selebihnya _ daun bawang, air, garam, serbuk perasa dan juga serbuk lada putih.
Kacau rata dan kemudian biarkan sehingga mendidih.
Sup telur enak dihidang ketika panas bersama nasi.