1) Bayam hijau (100g)
2) Tofu telur - dipotong kasar (100g)
3) Air (1/2 liter)
4) Taucu (3 sudu besar)
5) Rumpai laut kering (6 keping)
6) Halia - dicincang (2 cm)
7) Kicap cair (1 sudu besar)
Kaedahnya, curahkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
Kemudian, masukkan taucu, halia, dan juga tauhu telur. Hancurkan tauhu tersebut.
Setelah tauhu tersebut hancur, masukkan kicap cair, sayur bayam dan juga rumpai laut kering. Renehkan lagi sehingga bayam dan rumpai laut tersebut layu mengikut citarasa masing-masing.
Sup miso vegetarian sedia untuk dihidang. Selamat menikmati hidangan!