1) Kiub ikan (200g)
2) Kentang - potong dadu (2 biji)
3) Bawang besar - dicincang (1 biji)
4) Air (200ml)
5) Whip krim (10ml)
6) Mentega (10g)
Mula-mula, didihkan air dan masukkan kiub ikan. Biarkan seketika.
Setelah separa masak, asingkan kiub ikan tersebut dan juga air rebusannya.
Kemudian panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang besar.
Setelah itu masukkan kentang bersama air rebusan ikan tadi. Masak sehingga sup tersebut pekat dan kentang agak hancur.
Apabila sup tadi telah pekat, tambahkan garam serta serbuk lada putih sebagai penyedap rasa.
Kecilkan api dan curahkan krim.