1) Ayam (300g)
2) Halia dihiris halus (1 inci)
3) Bawang putih dihiris halus (4 ulas)
4) Bawang besar (1 biji)
5) Sup bunjut (1 bungkus)
6) Air (8 cawan )
7) Kicap masin (4 sudu)
8) Cili padi (6 biji )
9) Limau kasturi (2 biji)
10) Garam (secukup rasa)
Untuk membuat sup ayam:
DI dalam periuk, masukkan ayam, bawang putih, halia, garam dan air.
Masak dengan api sederhana hingga ayam empuk.
Masukkan sup bunjut. Didihkan 10 minit.
Masukkan bawang besar yang dipotong empat. Masak hingga bawang layu.
Semasa menghidang, taburkan daun sup dan daun bawang ke dalam kuah.
Untuk membuat kicap cili:
Potong halus cili padi.
Limau kasturi dibelah dua dan dibuang bijinya.
Masukkan cili padi ke dalam mangkuk bersama kicap diikuti dengan air perahan limau kasturi.
Gaul sebati dan hidang bersama sup ayam.