1) Bawang besar - dicincang halus (1/4)
2) Bawang putih - dicincang halus
3) Batang bawang (1/2)
4) Sadri (1/2 batang)
5) Lobak (1/2 batang)
6) Daun rosemary (1 sudu kecil)
7) Daun thyme (1 sudu kecil)
8) Daun oregano (1 sudu kecil)
9) Daging cincang (100g)
10) Tomato - dihiris (2 cawan)
11) Spaghetti (1 paket)
12) Garam (sedikit)
13) Serbuk lada putih (sedikit)
14) Minyak
Mula-mula untuk memasak spaghetti, didihkan air bersama sedikit garam dan minyak.
Kemudian, masukkan spaghetti dan masak lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga lembut.
Sementara menunggu spaghetti masak, bolehlah membuat sos bolognese.
Untuk membuat sos tersebut, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga berbau wangi.
Kemudian, masukkan daun herba yang telah dicincang. daging, batang bawang, sadri, lobak dan hirisan tomato.
Masukkan garam dan serbuk lada putih. Kacau sos tersebut hingga pekat.
Apabila spaghetti masak, angkat dan curahkan sos bolognese.
Spaghetti Bolognese sedia dihidang dan enak dimakan sementara masih panas.