1) Sotong (500g)
2) Serai - diketuk (1 batang)
3) Asam (1 keping)
4) Kunyit - dihiris nipis (1 inci)
5) Bawang Merah (2 ulas)
6) Garam (secukup rasa)
Bersihkan sotong dan buang kulitnya. (Dakwatnya tak perlu dibuang supaya menjadi hitam bila dimasak.)
Didihkan air bersama semua bahan-bahan yang lain.
Masukkan sotong dan garam secukup rasa.
Biar sotong masak dan kuah berwarna kehitaman.