1) sotong (300g)
2) santan (2 cawan)
3) rempah kari (2 sudu)
4) pes cili (2 sudu)
5) tomato (1 biji)
6) bawang merah (2 ulas)
7) bawang putih (1 ulas)
8) serai - diketuk (1 batang)
9) daun limau purut (2 helai)
10) Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
11) gula (sedikit)
12) garam (secukup rasa)
Tumbuk 1 ulas bawang merah. Tambah sedikit air dan gaul bersama rempah kari.
Potong halus 1 ulas bawang merah, ketuk bawang putih, potong dadu 1/2 biji tomato.
Tumis bawang putih hingga naik bau diikuti dengan bawang merah.
Masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan campuran rempah kari dan bawang merah tadi. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan 1 hiris halia, serai, dan daun limau purut. Kacau hingga naik bau. Masukkan santan.
Biar mendidih dan kacau sekali-sekala supaya santan tak berketul.
Masukkan tomato dan sotong. Tutup periuk dan biar hingga masak.
Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan biar mendidih lagi hingga pecah minyak.