1) sotong (3 ekor)
2) sos tomato (1/2 cawan)
3) sos cili (1/2 cawan)
4) sos tiram (1/2 cawan)
5) cendawan butang (6 biji)
6) bawang besar (1 labu)
7) bawang putih (1 ulas)
8) bawang merah (1 ulas)
9) halia (2 hiris)
10) serai (1 batang)
11) garam (secukup rasa)
Pertama sekali, ketuk bawang putih, potong halus bawang merah dan hiris nipis bawang besar.
Kemudian, potong nipis sotong dan masukkan ke dalam 2 cawan air mendidih, diikuti dengan sedikit garam. Setelah mendidih, masukkan serai, biarkan mendidih hingga sotong masak dan tutup apinya.
Seterusnya, tumbuk halus halia, diikuti dengan bawang besar.
Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah. Setelah layu, masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Apabila garing sedikit, masukkan cendawan butang, diikuti dengan sos tiram. Kacau hingga sebati dan masukkan pula sos tomato dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong bersama air rebusannya. Kacau rata dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit kering. Sotong bersos sedia untuk dihidang.