1) Sotong (4 ekor)
2) Kelapa parut (1 cawan)
3) Santan (2 cawan)
4) Bawang merah (3 ulas)
5) Bawang putih (2 ulas)
6) Serai - diketuk (2 batang)
7) Serai - dipotong nipis (1/2 batang)
8) Air asam jawa (sedikit)
9) Pes cili (3 sudu)
10) Jintan Manis (1 sudu kecil)
11) Gula (sedikit)
12) Garam (sedikit)
Pertama sekali, tumbuk serai yang dipotong nipis hingga hancur, diikuti dengan 1 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah serta sedikit garam.
Setelah sebati, masukkan jintan manis, separuh daripada pes cili, gula dan kelapa parut. Tumbuk hingga sebati dan masukkan air asam jawa dan gaul.
Seterusnya, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam sotong hingga penuh dan masukkan kepala sotong tersebut di bahagian atasnya. Setelah itu, cucuk dengan 2 batang lidi supaya intinya tidak terkeluar.
Setelah selesai, ketuk seulas lagi bawang putih dan potong nipis seulas bawang merah.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau diikuti dengan bawang merah.
Kemudian, masukkan sebahagian lagi pes cili tadi dan goreng hingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan santan, kacau hingga sebati dan masukkan serai yang diketuk. Kacau sekali-sekala hingga mendidih supaya santan tidak berketul.
Seterusnya, masukkan sotong sumbat tadi dan kacau sebentar. Akhir sekali, masukkan sedikit garam dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan mendidih hingga sotong masak dan sotong berinti masak lemak sedia untuk dihidang.