1) Tomato - dibuang kulit dan dicincang (3 biji)
2) Bawang besar - dicincang (1 biji)
3) Cuka (4 sudu besar)
4) Daun selasih - dicincang (2 sudu besar)
5) Oregano kering (2 sudu besar)
6) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
7) Serbuk mustard (1 sudu besar)
8) Minyak zaiton (2 sudu besar)
9) Bawang putih - dicincang (1 ulas)
10) Gula (1/2 sudu kecil)
11) Garam (secukup rasa)
Mula-mula, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
Kemudian masukkan tomato, garam, serbuk mustard, gula, serbuk lada hitam, daun selasih, oregano kering, cuka dan juga bawang putih. Kacau rata semua bahan.
Masak menggunakan api yang kecil dan tutup periuk. Biarkan sos ini masak sehingga semua bahan hancur sebati dan menjadi pekat.
Sos ini mampu bertahan sehingga dua minggu didalam peti ais dan boleh digunakan untuk membuat sos asas masakan lain seperti Pizza Ayam, Pizza Super, Lasagne, mahupun dimakan bersama pasta.