1) Air (1 mangkuk)
2) Jus lemon (2 sudu besar)
3) Gula (1/4 cawan)
4) Kicap cair (1/4 cawan)
5) Parutan kulit lemon (1 sudu kecil)
6) Garam (secukup rasa)
Caranya mudah saja, mula-mula campurkan sahaja air bersama gula dan garam. Kacau sehingga gula dan garam tersebut hancur sebati.
Kemudian barulah masukkan kicap, jus lemon dan parutan kulit lemon. Kacau sebati bahan-bahn tersebut.
Sos perapan ini sesuai digunakan untuk memerap ayam sebelum dibakar ataupun digoreng.
Selamat mencuba!